Sunday, 20 November 2011

FONETIK DAN FONOLOGI




SUKU KATA


 DEFINISI

          Suku kata ialah bunyi atau urutan bunyi yang mempunyai satu puncak kelantangan.  Puncak kelantangan ialah nilai kelantangan bunyi yang paling kuat, biasanya diwakili oleh bunyi vokal dalam suku kata Melayu. Oleh sebab itu, bunyi vokal wajib ada dalam suatu suku kata, sama ada secara bersendiri, misalnya [a] dalam kata [a + ku ] ‘aku’, atau bersama bunyi konsonan sebelumnya, misalnya, bunyi [a] dalam kata [ah +li] ‘ahli’, atau selepasnya, mislanya bunyi [a] dalam kata [ki + ta] ‘kita’, atau didahului dan diikuti oleh bunyi konsonan, misalnya, [a] dalam kata [taŋ + ga] ‘tangga.’


STRUKTUR

Berdasarkan contoh-contoh di atas, struktur suku kata bahasa Melayu ialah (K)V(K).  Oleh sebab V (Vokal) merupakan unsur wajib dalam suku kata, dan paling lantang, unsur V ini dinamakan NUKLUS dan dalam penulisan struktur, unsur V tidak dikurung.

Konsonan pula boleh hadir sebelum atau selepas vokal atau nuklus. Supaya penulisan bunyi konsonan tidak berulang, maka bunyi konsonan sebelum vokal membuka suku kata. Konsonan yang membuka suku kata ini dipanggil ONSET seperti bunyi [k] dalam kata [ka+ki]. Konsonan yang hadir selepas vokal pula menutup suku kata.  Konsonan yang menutup suku kata ini dipanggil KODA seperti bunyi [s] dalam kata [as+li].  Oleh sebab itu struktur suku kata, tanpa menyebut istilah vokal dan konsonan, adalah seperti berikut:





                                      SUKU KATA


 




                  

    ONSET           NUKLUS           KODA


Oleh sebab binaan struktur itu berdasarkan pembahagian binari (pembahagian kepada ‘dua’), maka struktur suku kata dapat dilahirkan sebagai berikut:


                                      SUKU KATA


 



                  

ONSET                                      RIMA


 



                                                 

NUKLUS                    KODA

Oleh sebab nuklus sahaja merupakan unsur wajib dalam suku kata, dengan onset dan koda tidak wajib, maka struktur suku kata dapat dinyatakan dengan kependekan O (dikurung) sebagai onset, N sebagai nuklus (tidak dikurung) dan K sebagai koda (dikurung), supaya struktur suku kata dapat dinyatakan sebagai berikut:

                             (O)N(K) 


Berdasarkan rajah di atas, menurut pembahagian binari, maka struktur suku kata dapat digambarkan sebagai berikut:



                                      SK


 



   O                               R


 


                                     

    N                            K


Untuk tujuan peperiksaan, keempat-empat  istilah ini akan digunakan jika soalan tentang suku kata keluar. Malahan, dalam penentuan fonem dan alofon, tiga istilah (Onset, Nuklus dan Koda) akan digunakan. Dengan kata lain, istilah konsonan dan vokal tidak digunakan dalam analisis fonemik.


VOKAL SEKUNDER
(Secondary Vowel)


Konsep Vokal Sekunder berlawanan dengan Vokal Primer, seperti lapan vokal bahasa Melayu, iaitu [i], [e], [ε], [a], [u], [o], [É] dan [ə]. Pengeluaran bunyi vokal sekunder berbeza daripada bunyi vokal primer dari segi bentuk bibir yang terlibat.

(1)           Bila bentuk bibir tak bundar untuk mengeluarkan bunyi [i] dijadikan bundar, maka terjadilah bunyi [ü], lalu namanya ialah “vokal depan sempit bundar”. 

(2)           Jika bentuk bibir untuk vokal separuh luas tak bundar [e] dijadikan bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [ö], lalu namanya ialah “vokal depan separuh sempit bundar.”

(3)           Jika bentuk bibir untuk vokal luas tak bundar [a] dijadikan bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [œ] dengan nama “vokal depan luas bundar.”

(4)           Jika bentuk bibir untuk vokal belakang sempit bundar [u] dijadikan tak bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [ï] dengan nama “vokal belakang sempit tak bundar.”

(5)           Jika bentuk bibir untuk vokal belakang separuh sempit bundar [o] dijadikan tak bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [ë] dengan nama “vokal belakang separuh sempit tak bundar.”

(6)           Jika bentuk bibir untuk vokal belakang luas [ä] dijadikan tak bundar, maka bunyi vokal sekunder yang terhasil ialah [α] dengan nama “vokal belakang luas tak bundar.”






          Depan Bundar          Belakang Tak Bundar

          ___________              _____________












 

                   ü       y                                    ï        
          ___________              _____________

                   ö                                              ë      
          ___________              _____________

                   œ                                            ^
          ___________              _____________

                   œ                                            α
          ___________              _____________













KONSEP PENGELUARAN BUNYI

Untuk VOKAL: Perhatikan kriteria:

(1)         Bahagian lidah: depan; tengah; belakang.

(2)         Tinggi-rendah lidah: sempit; separuh sempit; separuh luas; luas.

(3)         Keadaan lelangit lembut:

(a)         Diangkat untuk semua vokal oral;
(b)         Diturunkan untuk semua yang disengaukan.

(4)         (1) Keadaan bibir untuk Vokal Primer:

(a)         bundar untuk vokal belakang
(b)         tak bunda untuk vokal depan

              (2) Keadaan bibir untuk Vokal Sekunder:

                   (a) bundar untuk vokal depan
                   (b) tak bundar untuk vokal belakang

(5)         Pita suara: Bergetar kerana semua vokal adalah bersuara


Untuk pengeluaran bunyi KONSONAN, perhatikan kriteria berikut:

(1)         Daerah artikulasi: dari bibir ke, gigi, ke gusi, ke lelangit keras, ke lelangit lembut dan glotis (lubang dalam pita suara). Misalnya: [p], [b] = bunyi bibir; [t],[d] = bunyi gusi; [h] bunyi glotis; [k], [g],[ŋ] = bunyi lelangit lembut dsb.

(2)         Cara pengeluaran = bentuk arus udara, Misalnya, tersekat → sekatan. Misalnya: semua bunyi letupan: [p,b,t,d,k,g], atau hentian: [?]
                        tersempit → sempitan. Misalnya:         semua bunyi geseran: [f,v,s,z,x, h] dsb.

(3)         Penyuaraan: dilaksanakan oleh peranan pita suara; kalau bergetar → bersuara; Misalnya:[b,d,g,n,z,l,r,m] dll.; kalau tak bergetar → tak bersuara [p,t,k,θ,f,s,x].


FITUR DISTINGTIF

DEFINISI

Sifat-sifat yang dimiliki oleh bunyi sama ada dari segi nilai artikulasi (pengeluaran) atau nilai akustik (gelombang), bahawa sebarang perbezaan bunyi dari segi mana-mana satu atau lebih sifat atau fitur dapat membezakan fonem. Itu sebabnya istilah distingtif digunakan, kerana distingtif bermaksud membezakan makna kata. Sebagai contoh, [p] dan [b] dapat berbeza dari segi fitur [+ bersuara], kerana [b] bunyi bersuara, manakala [p] bunyi tak bersuara. Perbezaan dari segi bersuara dan tak bersuara ini membezakan fonem /b/ daripada fonem /p/.  Oleh sebab itu, dari segi pengeluaran, atau artikulasi, fitur [+ bersuara] menyebabkan /b/ tergolong kepada fonem yang berbeza daripada /p/ yang memiliki fitur [- bersuara]. Oleh sebab itu [+ bersuara] adalah fitur distingtif yang membezakan fonem /b/ [+ bersuara] daripada /p/ [- bersuara].

Fitur juga dapat diukur mengikut daerah artikulasi yang terlibat.  Bunyi [p] dan [b] dikatakan bunyi dua bibir, maka penglibatan dua-bibir ditandai dengan fitur [+bilabial]. Bunyi [t,d] dihasilkan di daerah gusi (alveolum), maka kedua-dua bunyi itu ditandai dengan fitur [+alveolar], iaitu pernyataan sifat [+gusi]. Bunyi [k,g] terhasil di daerah lelangit lembut, maka fitur ‘lelangit lembut’ itu diberikan nama fiturnya [+velar] dalam fonologi, supaya fonem /k,g/ memiliki fitur [+velar].  Bunyi [j] yang dihasilkan di daerah lelangit keras, ia ditandai dengan fitur [+palatal], iaitu istilah fonologi bagi maksud lelangit keras.  Yang berikut ini ialah keselarasan istilah Melayu dengan nama fiturnya dalam fonologi:

Nama daerah artkulasi       Nama fitur

dua-bibir                                           [+bilabial]
bibir-gigi                                           [+labio-dental]
gigi                                                             [+ dental]
gusi                                                  [+alveolar]
lelangit keras                                   [+palatal]
lelangit lembut                                 [+velar]
glotis                                                 [+glotal]

Dari segi cara pengeluaran, pembahagian fitur dibuat mengikut pembahagian bunyi konsonan: Jika bunyi itu bunyi letupan, fitur untuk ini ialah [+plosif]; jika letusan, fiturnya dinamakan [+afrikat]; jika geseran, nama fiturnya ialah [+frikatif]; jika sengau, nama fiturnya ialah [+nasal]. Bunyi konsonan bukan-sengau ditandai oleh fitur [-nasal]. Oleh sebab itu, konsonan /p/ ditandai dengan fitur [+plosif, +bilabial, -bersuara]; konsonan /g/ memiliki fitur [+plosif,+velar,+bersuara]; konsonan [f] memiliki fitur [+labio-dental, +frikatif, +tak bersuara]. Konsonan /n/ memiliki fitur [+nasal, + alveolar, + bersuara].

Oleh sebab semua bunyi vokal berlawanan dengan bunyi konsonan, maka fitur [+vokalik] hanya dimiliki oleh vokal, manakala konsonan /p/ memiliki fitur [-vokalik].  Ini kerana fitur [+vokalik] dapat menandai vokal yang memiliki fitur [+vokalik], atau konsonan [-vokalik].  Oleh sebab itu, konsonan /p/ mempunyai fitur [-vokalik, +plosif, +bilabial, +tak bersuara].

Antara bunyi konsonan itu ada yang tulen dan ada yang tidak tulen. Konsonan tulen terdiri daripada konsonan letupan [+plosif], letusan [+afrikat] dan geseran [+frikatif].  Konsonan tulen memiliki fitur [-vokalik]. Oleh sebab itu, konsonan /g/ memiliki fitur [-vokalik, +plosif, +velar, + bersuara], manakala konsonan /t/ memiliki fitur [-vokalik, +plosif, +alveolar, - +bersuara]. Konsonan liquida yang terdiri daripada bunyi /r, l/ dikeluarkan dengan arus udara tidak mengalami sekatan, atau sempitan, tetapi membenarkan udara mengalir keluar, maka bunyi-bunyi liquida ini memiliki fitur [+vokalik, +konsonanal], manakala geluncuran /w,j/ tidak tergolong kepada mana-mana vokal mahupun konsonan, lalu memiliki fitur [-vokalik, -konsonantal].

Semua vokal ditandai dengan fitur [-konsonantal, +vokalik].  Oleh sebab itu, vokal sempit ditandai oleh fitur [-Rendah], kerana bila udaranya sempit, lidah diangkat tinggi. Fitur tinggi ditandai dengan fitur [-Rendah], kerana tinggi-rendah lidah ditandai dengan [+Rendah].




TAJUK KERJA KURSUS
BBM 3202



(a)         Pilih SATU daripada tajuk-tajuk yang disenaraikan di bawah ini.

(b)        Huraikan tajuk yang dipilih dengan menyatakan perkara-perkara yang berikut di tempat yang sesuai:

i. definisi
ii. sifat
iii. lambang fonetik/fonemik
iv. faktor/syarat/keadaan
v. penyebaran dalam kata
vi. contoh-contoh yang tepat
vii. gambarajah (di mana sesuai)


TAJUK KERJA KURSUS

1.              “Bunyi-bunyi vokal” dalam dialek Kelantan, dialek Pahang atau dialek Terengganu dari segi cara pengeluaran, simbol dan penyebarannya berbentuk transkripsi fonetik dalam kata

2.              “Cara-cara menghasilkan bunyi letupan dan letusan (mesti ada rajah), perbezaan dan persamaan antara kedua-dua jenis tersebut.

3.              “Suku kata dalam kata-kata dialek anda di semenanjung, atau mana-mana bahasa di Sabah atau Sarawak.

4.              Fonetik Akustik.

5.              Artiklasi tambahan dalam salah satu bahasa atau dialek di Malaysia, atau salah satu bahasa di Sabah atau Sarawak.

6.              Ciri suprasegmental dalam salah satu dialek atau salah satu bahasa di Sabah atau Sarawak.

7.              Peranan fonologi dalam sistem Ejaan Baru Melayu.


PENILAIAN KERJA KURSUS

1.       Markah maksimum untuk kerja kursus ialah 30 daripada 100 (30%).

2.       Huraian mestilah asli, yakni berbentuk pengolahan bahan atau sumber bacaan.

3.       Sebarang tulisan yang bersifat menyalin akan diberikan markah maksimumnya 20 sahaja, yakni bukan 30.

4.       Bahan rujukan hendaklah sekurang-kurangnya tiga sumber.

5.       Semua kertas kerja hendaklah sampai ke Pusat Jarak Jauh UPM selewat-lewatnya sehari/tarikh sebelum tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun.

6.       Kertas kerja yang diserahkan lewat daripada tarikh itu, markah maksimum untuk penilaian ialah 15 (15%) sahaja. Dan jika diserahkan sebelum tarikh peperiksaan markah maksimum ialah 10 (10%) sahaja.

7.       Sebarang kertas kerja yang dihantar selepas tarikh peperiksaan tidak akan diterima lagi, kerana tindakan menerimanya adalah salah dari segi peraturan peperiksaan universiti.


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN

1.      Penilaian sebanyak 30%.

2.      Berbentuk Ujian Objektif sebanyak 30 soalan.

3.      Aspek yang disoal ialah segala-gala tentang bidang fonetik.

PEPERIKSAAN AKHIR

1.      Penilaian 40%.  
2.      Berbentuk Objektif (40 soalan).
3.      Aspek yang disoal ialah bidang fonetik dan fonemik.















No comments:

Post a Comment